Isnin, 14 Oktober 2013

Adakah Kita Isteri Yang Baik Di Mata Suami ?

Adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik?
Adakah perkahwinan anda melalui ranjau yang berliku dan anda sedang mencari maklumat tentang bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik ? Bagaimana anda boleh menjadi seorang isteri yang lebih baik kepada suami anda ?
 
Anda mungkin merasakan seolah-olah perkahwinan anda akan melalui pelbagai masalah. Masalah tersebut mungkin boleh dihadapi dengan tenang jika anda seorang isteri yang lebih baik. Sudah tentu, suami anda juga perlu berubah menjadi seorang suami yang baik juga, tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik.
Teruskan membaca untuk beberapa tips mengenai apa yang anda boleh lakukan. 

Bertimbang rasa dan menghormati suami

Salah satu cara untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik adalah dengan sentiasa bertimbang rasa dan menghormati suami anda. Suami anda tetap seorang lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri dan dia memounyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri dan nafsunya. Anda haruslah sentiasa bijak dalam situasi tersebut. Jika apa yang anda lakukan adalah sentiasa mengomel dan meleterinya, lebih cepat dia akan berasa benci terhadap anda. Biarakan suami anda buat apa sahaja yang dia perlu lakukan slagi ianya tidak membawa masalah kepada perkahwinan anda. Dia pasti akan gembira dengan anda kerana sentiasa menghormatinya. 

Memaafkannya dan terus lupakan kesalahan tersebut.

Jika berlaku sebarang perselisihan faham atau masalah segeralah mencari penyelesaiannya . Jangan biarkan masalah tersebut terus berlarutan. Bila penyelesaian sudah ditemui, terus lupakan sahaja masalah tersebut. Jangan sesekali cuba untuk mengungkit masalah itu kembali di masa hadapan. Sangat bahaya !

Jangan melampau-lampau bila berlaku perselisihan faham

Setiap pasangan mensti tidak lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walaubagaimana pun, apabila ia berlaku, berhati-hati dan jangan melampau batas seperti memukul, meludah, memanggil dia dengan namanya atau menyebut tentang cerai. Jangan sesekali-kali !!! Hanya mengatakan apa yang terlintas di fikiran anda dalam tutur kata yang paling bijaksana dan berhemah. Cuba untuk kekal tenang sedaya mungkin dan bertolak ansurlah dengan suami anda. Sebolehnya jangan membawa api kemarahan anda sehingga ke bilik tidur. Selesaikannya secepat mungkin dan kemudian terus lupakan pertelingkahan tersebut.

Ungkapkan kata cinta kepadanya

Anda perlu memberitahu suami anda bahawa anda selalu menyayangi dan mencintai dia. Semua orang inginkan diri mereka dihargai dan sentiasa berasa diperlukan. Amalkan amalan ini sekerap mungkin misalnya ketika suami anda bertolak untuk pergi kerja di pagi hari dan ketika kepulangannya serta sebelum tidur di malam hari. In Sha Allah hari-hari anda ppasti akan lebih bahagia di sisi suami.


Sentiasa membuat aktiviti bersama-sama

Ingatlah bahawa perkahwinan melibatkan dua insan yang akan hidup bersama dan melayari behtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat. jadi, teramatlah penting untuk pasangan sentiasa memahami dan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Lakukan perkara-perkaraindah bersama-sama termasuklah juga kerika ingin melakukan sebarang aktiviti di rumah seperti cuci rumah, memasak dan sebagainya. Selain dapat meningkatkan jalinan mesra antara pasangan, sebarang kerja juga akan cepat diselesaikan bila dilakukan bersama-sama. Lakukan juga hobi anda bersama-sama suami. Pasti seronokkan. !!!

Isnin, 9 September 2013

kerja gila

gila.itu ungkapan selayaknya. kerja bodoh. kenapalah kepalanya jd biol.
jenuh dia memikirkan kenapa dia bertindak sebegini.
hatinya menjadi takut dan gentar dengan tindakannya ini.
dengkuran keras di sebelahnya menyebabkan dia tidak dpt melelapkan mata. otaknya menjadi buntu dan bercelaru. mata tidak dpt dipejam walaupun dia cuba mengosongkan mindanya.
wajah2 kesayangan menghampirinya. muncul satu demi satu diruang matanya.
di bilik sempit itu dia keresahan. bunyi air paip mengalir dari bilik sebelah menyebabkan dia sedikit terganggu. selama dia di sini dia tidak pernah mengenali siapa penghuni rumahnya itu.

Rabu, 10 Oktober 2012

Kan Senang Kalau Mengalah...



Ramai di antara kita, bila bertingkah @ bertelingkah @ bertikam lidah, ingin saja nak menang..penting sangatkah kemenangan seciput itu? Sampai bilakah puashati tu bertahan?..bertahun2 kah? Tak mustahil ? Mungkin anda boleh berfikir dengan benak fikiran sendiri, tak perlu saya bagi jawapannya. Ramai orang beranggapan bahawa mengalah adalah sifat yang sinonim dengan penakut, bacul dan sebagainya. Orang yang mengalah ni bukan tak nak melawan, tapi diorang sebenarnye golongan yang bijak. Nak tau kenapa? Baca nie 
Kengkadang bertengkar pasal kecik jek. Sampai tak bertegur sapa sampai 2, 3 hari. Tak ke berdosa tuh? Islam pun melarang kan?...

Teringat Hadith nabi: Yassiru wala tu’ssiru, wa bassiru wala tunaffiru....maksudnye: Permudahkan lah dan jagan menyulitkan, gembirakanlah dan jangan membuat orang lari (dengan perbuatan kita). Au kamaqol.
So, orang yang mengalah ni sebenarnye nak permudahkan sesuatu perkara @ masallah. Dan tak mahu menyulitkan lagi keadaan. Biarlah si dia menang dengan kemenangan ‘terbesar’ tu. (besar ker?)
Kenape agaknye golongan-golongan ni nak menang saje?..ayuh kita analisis satu2 kriteria nih...

1. Merasa lebih tahu
Kita menganggap kitalah yang mengetahui kebenaran dan mengharapkan pihak yang satu lagi mengiakan pandangan kita. Sifat dasar pengetahuan adalah sombong maknanya kalau tak berhati-hati, ilmu @ pengetahuan tu mudah sekali membuat orang sombong dan bongkak. Sebenarnya pengetahuan sejati bukanlah pengetahuan yang bersifat intelektual atau pengetahuan yang bersifat kognitif iaitu dalam benak fikiran kita. Kita dianggap berpengetahuan jika kita mempunyai Makrifah dan Bijaksana. Renung-renungkan...

2. Merasa diri berhak
Mereka dengan pendapat mereka merasa, mereka yang paling berhak, berhak tidak sakit hati, berhak atas pemahaman mereka, dan berhak atas yang lainya,Sebenarnya hak-hak yang paling baik adalah melepaskan hak pribadi untuk Kemaslahatan mereka bersama.

3. Merasa dirinye saja yang betul, orang lain salah....
Kerana merasakan diri lebih berilmu, berpengetahuan, atau peningkatan ego mereka yang luar biasa, atau mereka memiliki kekuasaan yang lebih, maka mereka merasa diri mereka paling benar, sehingga mereka sangat sukar untuk mengalah, walau mereka tahu sebenarnya mereka memang salah.

Kita tahu bahwa dalam menyelesaikan suatu masalah, bila kedua belah pihak selalu mahu menang, tidak ada yang mau mengalah, so hasilnya pon begitulah jugak, bahkan selamanya masalah tu tak boleh diselesaikan. Padahal dengan mengalah dapat menetralisir segala pertikaian, masalah besar akan menjadi kecil dan masalah kecil akan dinihilkan, suasana tegang akan berubah menjadi tenang damai. Mengalah juga menunjukkan kelapangan dada seseorang, juga memperlihatkan pandangan orang itu tidak sama dengan orang-orang pada umumnya.Renung-renungkan.....

Kita sering berhadapan dengan perselisihan pendapat atau keinginan dengan seseorang berhubung perkara-perkara berkaitan interaksi sosial sebagai manusia di muka bumi Allah ni. Pertikaian dan perselisihan ni memang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kedua belah pihak. Apalagi jika kedua pihak saling menyalahi antara satu dangan yang lain dan wujudnya situasi dipanggil Pemaksaan Kehendak. Situasi seperti ni patut dielakkan kerana ia boleh mendatangkan sakit hati, iri hati dan sebagainya sifat2 mazmumah.

Jadi, apakah jalan keluar untuk ini?mahu berdebat lagi atau...mengalah?...

Jalan keluar yang masih rasional dan humanitif adalah melalui sikap “Mengalah (dalam pengertian yang benar) . ertinya, tidak memaksa kehendak atau keinginan diri sendiri, tetapi membiarkan diri mengikut kehendak orang lain. Apakah tujuannya? Ini adalah untuk melahirkan rasa rasional dan humanitif tadi di dalam diri kedua belah pihak lebih-lebih lagi yang berlagak menang tu. (Tu pun kalu terlahir...).akhirnya, satu-satu perkara tu dapat disetlekan dengan damai tanpa rasa sakit hati.

Mengalah kadang-kadang menyebabkan kita rasa tidak selesa, kesian dengan diri, dan sebagainya sebenarnye membuahkan hasil yang sangat subjektif. Mengalah mengambarkan kematangan, dewasa, bijaksana, merendah diri, menepis egois dan penawar kepada sikap selalu ingin menang. Cuba kawan-kawan berfikir sejenak, membuka hati, bermonolog dalam nurani. Apakah rugi aku mengalah?...Bukankah hasilnya perdamaian bukan...bestkah hidup dalam hati yang dalam keadaan tak best?...

Pernah dengar kata pepatah bijak “mengalah bukan bererti kalah”. Sifat mengalah dikatakan akan membawa berkah. Setidaknya, menghindari sesuatu hal yang tidak diinginkan. tetapi mengapa kita sukar untuk mengalah, ini disebabkan oleh faktor ego yang besar dalam diri manusia, yang selalu ingin menang dan juara. Banyak orang beranggapan mengalah dikategorikan kalah, sehingga menurunkan gengsi (prestij). Padahal secara spiritual, mengalah sifat yang sangat mulia.

Banyak mengalah dan tidak bertengkar, menunjukkan kebesaran jiwa seseorang. Forgivable, juga menunjukkan intelektual seseorang. Pada umumnya setelah masalah diselesaikan dengan baik, sang yang menang akan merasa menyesal atau menyalahkan diri sendiri. Jadi bila mana berlaku permasalahan, jika perlu rasa berundur setapak, buatlah. Dari bertahan sehingga hanya membuahkan kehancuran pada diri. Siapa yang rugi?tidakkah mereka dan keluarga mereka?...Ayuh, biasa-biasakan yang betul, dan perbetulkan yang biasa.renung-renungkan...
(Barangsiapa berani mengalah, maka pada akhirnya ia akan mendapatkan kebahagiaan dan kemuliaan).

Copypaste 

Ahad, 12 Ogos 2012

WANITA DAN WARNA


UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot. 

Jumaat, 4 Mei 2012

Tanpa tajuk

Hati aku berbuku. Aku rasa nak marah sangat. Marah seseorang. Bencinya aku dengan dia yang telah merampas segalanya dari keluargaku. Kesian dengan bondaku yang terpaksa menanggung penderitaan ini aku kecuaian seorang lelaki dan perempuan yang telah dua tahun lebih menyebabkan lena bondaku bertemankan air mata dan keresahan.
Tuhanku.. hantar kembali ilmu hitam yang telah dikenakan oleh ibu tiriku itu kepada ayahku agar dia merasai akibat perbuatannya. Keluargaku kucar kacir kerana ilmu hitam sehingga ayahku berubah 100%.. Ayah tidak sedar apa yang telah berlaku kepada dirinya hinggakan dia menyisihkan keluarga dan saudara mara kerana ibu tiriku itu. Sekiranya melibatkan ibu tiriku segera di ambil tahu sedangkan kalau melibatkan keluarga bondaku dijadikan musuhnya.
Ayah tidak sedar penderitaan yang berlaku kerana dia telah termakan berpuluhan tahun ubat guna-gunaa yang telah dikenakan oleh ibu tiriku itu.

Khamis, 3 November 2011

Pemandu Terburu-Buru, Leher Gadis Ini Disepit Pintu Bas

ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui , China .


Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bas.


Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.



The best part… begitu bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit.

Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian…

Ahad, 28 Ogos 2011

Hukum Berkaitan telur Binatang


Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H)menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang(sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan.
Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdpat padanya. ini seperti yang disebutkan oleh Al-Imam Qalyubi Rahimahullah. Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H)di dalam kitab Majmu’.Saya akan bahaskan perkara ini mengikut tajuk seperti berikut:

TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI


Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:

1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.

2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut(yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat dikalangan para ulama.Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.



Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis?


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.

Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.

Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.

Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.

Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini.


Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.

Rujukan:


1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.

2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.




sumber : halaqah - Taman-taman Syurga Yahoo Group

Tanda Hati Kita Mati


t2.gstaticMenurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil


Pengajaran daripadanya:


Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.


Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).


Firman Allah:


ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Al-Rad, Ayat 28)



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."


Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:


ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."



Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."


Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

Ahad, 16 Mei 2010

Fakta Tentang Kulit

* Kulit merupakan organ terbesar dan terberat sekali dalam tubuh manusia.
Fungsi Utama kulit:
- Melindungi dari bakteria , cahaya UV , bahan kimia dan kecederaan
- Mengawal suhu badan
- Organ Deria
- Menghasilkan vitamin D
Purata Berat Kulit ialah :
- 4.8kg untuk lelaki
- 3.2kg untuk manita

Sel-sel baru dihasilkan semula setiap 28 hari
Purata ketebalan adalah 4 milimeter
Permukaan kulit mempunyai pH 4.5 - 5.5 dan dikatakan pada pH berasid lemah
Sebum yang dikeluarkan oleh kalenjar sebum terdiri daripada asid lemak bebas, trigliserida, kolestrol, lilin, dan vitamin larut lemak.Sebum yang menyebabkan permukaan kulit berminyak dengan minyak yang terhasil berfungsi sebagai pelincir permukaan kulit.

Bahan Semulajadi yang terdapat di atas kulit termasuklah:
* Air
* Urea
* Asid Amino
* Asid Urik
* Kreatinin
* Kolina
* Ammonia
* Garam
* Kalium
* Zat Besi
* Asid Laktik
* Glukosa
* Lelemak
* Asid Lemak
* Trigliserida
* Vitamin A, B, C,D dan E

Ahad, 13 Disember 2009

Sekadar Renungan

6 JENIS WANITA MALANG


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Sabtu, 12 Disember 2009

Jom Kita cuba


SYARIKAT PENGIKLANAN TERBARU

http://www.catcheye.com.my/?r=23952

Daftar Percuma

semuanya percuma
cuma letakkan iklan di dalam blog anda
media pengiklanan online terbaru......
peluang untuk kita sama-sama menambah pendapatan.....


hai,
beri saya masa 5 minit awak boleh?
mari sertai saya di catcheyes jom..

http://www.catcheye.com.my/?r=23952

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,
ya,mudah saja,klik2 iklan tak samapai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak $NAME&? awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1
iklan,
kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300. .
banyak tu ..

http://www.catcheye.com.my/?r=23952

awak tak nak ke?
ayohlah sertai saya..benda ni 100% percuma...tak perlu modal
cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah mencecah 21500 orang sekarang..
jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..

http://www.catcheye.com.my/?r=23952


Cara nak regis
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini
selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3 jawapan A.. (jika
awak jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok siap
http://www.catcheye.com.my/?r=23952

Kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan risalah saya ni ni buletin or pape je & emailkan kepada kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.percayalah!
sebab benda ni 100% percuma

REZEKI TUHAN YG BG..TP KITE KNE USAHA JGAK KN?? TGGU APE LG?? J0MLA J0IN..


http://www.catcheye.com.my/?r=23952

Rehat Otak Kejap


Ternyata Rokok Tidak Berbahaya

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki
oleh beberapa pakar dalambidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak
berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan
mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih
jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah
ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana
saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuwan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba
ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu
salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus
kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti
menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!
Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan
takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan
kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup
mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan
si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah
si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak
sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu
dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari
mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar
dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Safety Lesson-nya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'

Jumaat, 9 Oktober 2009

7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.
Sebab 1: Kekurangan darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda. Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang. Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan. Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.


Sebab ke 6: Sleep Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur? ‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda
awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Rabu, 1 Julai 2009

Akukah Yang Bersalah

Peristiwa sedih dan tidak kusangka berlaku kepada temanku NK.. Walaupun peristiwa lepas telah berlalu tapi aku telah memaafkan NK. Semalam bila aku mendengar kejadian yang menimpa dia aku terkejut dan sedih sangat sebab dia masih teman seperjuangan. Semoga dia cepat sembuh.

Selasa, 23 Jun 2009

Pesanan Untuk Wanita

Pesanan Untuk Wanita
Pesanan ini ditulis oleh :Ulama muktabar
(Pemberian ikhlas dr sahabat kepada sahabat)

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid
sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas
tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat...

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan
keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan
sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita
keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan
kedua ibubapa dunia/akhirat...


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup
dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa
dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada
hari ini."..

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari
kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian
Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan
sebagainya...

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan
bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.
Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan
menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut...

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat
berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah
suaminya termasuk solat dia sendiri...

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat
amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan...

Selasa, 16 Jun 2009

Aku Yang Terkilan

Hari ni aku rasa tensen tul ngan kawan aku NK. Rupanya selama ini baru aku tau yang mana boleh jadi kawan dan yang mana tidak.
Petang aku okey aje.. Leka mengadap kerja aku lupa makan minum. Solat.. cuti.. Aku tak sanggup nak tinggalkan kerja dan banyak memberi sokongan emosi kepada ibu. Seawal jam 15:00Hrs lagi aku menjaga dan membantu Pn.A dengan sabar dan dedikasi. Pukul 20:00Hrs tiada tanda2 dari Pn A os fully.. Kebetulan kawan aku KN perlukan bantuan. Aku dan kak Mah sama2 menolong KNi. Pukul 20:30Hrs aku menjengok keadaan Pn A. Terkejut aku apabila melihat NK telah mengambil alih tempat ku tanpa izin dan kerelaanku. Dia telah merampas hak dan tugasan yang aku milikki. Membara betul aku setelah sepetang bertungkus lumus , NK tiba2 merampasnya. Apakah tiada terdetik di hatinya untuk memberitahu aku yang ketika itu sibuk menolong KNi bahawa tugasan ku perlu dibereskan dulu. Apabila aku menyuarakan bahawa dia telah merampas hak aku.. Dia enggan bertolak ansur dengan alasan dia telah bersedia walhal ... Aku yang bertungkus lumus menyediakan peralatan, dari menuang barangan, mencuci dan menyediakan semua kelengkapan yang sepatutnya, tiba2 dia marampas begitu sahaja. Aku rasa kecewa sangat dengan tingkah lakunya. Kenapalah Allah temukan aku dengan insan seteruk dan setamak itu yang suka merampas hak orang lain. Demi Allah aku terasa dan tersinggung sangat hati dengan tingkah laku NK. Aku tak pernah sekecewa ini.. Ku sangka dia boleh menjadi sahabat tapi ternyata silap... Alahai lembu punya susu.. sapi dapat nama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...