Khamis, 13 Oktober 2016

Resdung

Bersin terutama bangun tidur waktu pagi, berhingus, batuk, muka berjerawat, dll lagi masalah... itu tanda2 resdung  bg yg arif tafsirkan...
Akak plak, jarang bersin kecuali bila air dimasukkan ke dalam hidung samada waktu ambil wuduk atau selepas balik umah. Jarang batuk kecuali bila betul2 tak sihat, berhingus ada sikit2 terutama bila makan yang panas2 campur pedas berair mata sekali, bukan berhingus pekat kuning tu tapi setakat meleleh air hidung je. Kulit muka tiada jerawat dari muda2 lagi ( sekarang ni dah rasa ketuaan tu factor usia), jadi tengok muka org tak akan cakap resdung.
📌 ☞
90% alahan resdung adalah datang dari :-

~ selimut, bantal, tilam,
~ binatang peliharaan,
~ makanan laut spt. udang, kerang, sotong, ketam
~ makanan berminyak, pedas & berlemak
~ buah-buahan spt nenas, epal, tomato, badam

📌 ☞
Jika anda mengalami gejala-gejala seperti kerap bersin khususnya pada waktu pagi, gatal-gatal hidung, gatal di antara mata & muka, hidung tersumbat, muka berjerawat, rasa berlendir di hidung dan di tekak, sering sakit kepala & berat di muka serta alahan makanan laut,

📌 ☞
Anda sebenarnya mengalami gejala penghidap masalah resdung atau ‘sinusitis’. Di kalangan masyarakat setempat, resdung telah menjadi sangat popular dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

📌 ☞
Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus (iaitu rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung). Biasanya, lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

📌 ☞
Jika saluran pada rongga sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus akan menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.

📌 ☞
Apabila gejala resdung berlarutan sehingga ke beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai resdung akut. Kadangkala resdung akut ini adalah penyebab kepada demam dan selsema jangka panjang yang berpunca dari jangkitan bakteria di rongga sinus hingga menyebabkan ia bengkak dan menyempit.

📌 ☞
Jangkitan yang berpanjangan melebihi 3 bulan, resdung akut boleh menjadi kronik. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rongga sinus bernanah, berbau dan kerosakan pada lapisan hidung & tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan oleh doktor pakar.

📌 ☞
Risiko yang lebih parah lagi, jika dibiarkan tanpa rawatan, resdung memang boleh membawa maut secara tidak langsung yang berpunca dari komplikasi pada otak penghidap resdung.

Rabu, 12 Oktober 2016

Cite lepas bersalin

Bersalin anak sulung kena episiotomy. Seminggu pastu luka dah ok.. Tapi malangnya hari ke 11,  tiba2 masa keluar bilik air nk ke dapur utk masak air tiba2 bleeding +++. Tiada rasa kesakitan hanya darah segar yg mencurah. Panic sgt masa tu. Rasa cam satu baldi darah keluar kebetulan lantai mozek dapur kaler putih. Sy call ambulance hospital dtg bwk ke kecemasan. Masa kat kecemasan Sy meraung sebab doktor masukkan alat utk check luka bersalin. Pastu Sy di hantar ke wad dan seterusnya ke dewan bedah utk "s&c".. Sy pengsan masa nak naik troli. Esoknya Sy pengsan lagi semasa di wad sebelum balik. Bila Sy dah balik rumah baru saya tahu rupanya Sy alami PPH disebabkan Retained POC. Hb semasa Sy tiba di hospital 11gm% lebih. Tetapi selepas operation HB Sy 4gm%... Sy dibenarkan balik sebelum keputusan darah selepas operation keluar. Penjagaan selepas itu lebih teruk drp yang seminggu pertama selepas bersalin. Jahitan kedua walaupun dilakukan di dewan bedah semasa Sy tidak sedar kerana diberi bius penuh. Hingga  ke hari ini Sy rasa fobia dan ngilu masih terasa di bahagian perut kesan dari operation itu. Luka jahitan itu juga rasa sakit dan tegang walaupun selepas setahun luaran dah sembuh sepenuhnya.Walaupun selepas itu Sy mengandung lagi sehingga kali ke 4 tiada lagi masalah dr no.2-4...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...