Rabu, 12 Oktober 2016

Cite lepas bersalin

Bersalin anak sulung kena episiotomy. Seminggu pastu luka dah ok.. Tapi malangnya hari ke 11,  tiba2 masa keluar bilik air nk ke dapur utk masak air tiba2 bleeding +++. Tiada rasa kesakitan hanya darah segar yg mencurah. Panic sgt masa tu. Rasa cam satu baldi darah keluar kebetulan lantai mozek dapur kaler putih. Sy call ambulance hospital dtg bwk ke kecemasan. Masa kat kecemasan Sy meraung sebab doktor masukkan alat utk check luka bersalin. Pastu Sy di hantar ke wad dan seterusnya ke dewan bedah utk "s&c".. Sy pengsan masa nak naik troli. Esoknya Sy pengsan lagi semasa di wad sebelum balik. Bila Sy dah balik rumah baru saya tahu rupanya Sy alami PPH disebabkan Retained POC. Hb semasa Sy tiba di hospital 11gm% lebih. Tetapi selepas operation HB Sy 4gm%... Sy dibenarkan balik sebelum keputusan darah selepas operation keluar. Penjagaan selepas itu lebih teruk drp yang seminggu pertama selepas bersalin. Jahitan kedua walaupun dilakukan di dewan bedah semasa Sy tidak sedar kerana diberi bius penuh. Hingga  ke hari ini Sy rasa fobia dan ngilu masih terasa di bahagian perut kesan dari operation itu. Luka jahitan itu juga rasa sakit dan tegang walaupun selepas setahun luaran dah sembuh sepenuhnya.Walaupun selepas itu Sy mengandung lagi sehingga kali ke 4 tiada lagi masalah dr no.2-4...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...