Jumaat, 10 Jun 2016

Celoteh Lepas Terawih

Teringat dulu setiap kali dating ngn pakwe  baru aku lebih suka pandang kakinya sekiranya dia membuka kasut. Macam mana aku dapat tengok pada kaki ialah semasa dia membuka kasut untuk ke surau.
Ada yang tanpa sengaja aku dapat lihat semasa berdating dekat tepi sungai. Gerenti dia buka kasut untuk bermain air. Dan aku juga terkinja-kinja sama seronok main air.
Kenapa aku suka perhati kaki seseorang itu ialah dari situ aku dapat menilai tahap kebersihan seseorang itu. Nak kata aku ni pembersih taklah juga. Aku masih lagi selekeh dan serabai masa tu. Aku kenal dengan seorang yang aku benar suka sehingga aku terikat dengan dia sehingga kini adalah kakinya yang sangat bersih waktu itu.
Aku juga tidak suka lelaki perokok. Sumpah walaupun wajahnya hensem macam artis korea aku tetap akan reject disebabkan dia perokok.
Teringat ditempat kerja aku ramai lelaki perokok  dan awal2 lagi aku dah tunjuk feel tak elok sebab tak nak mereka jatuh cinta kat aku. Memang aku perasan sikit.
Tapi ketentuan Allah siapa dapat melawan takdirNya. Aku terikat hingga kini juga dengan seorang lelaki perokok yang tegar.
.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...