Ramai di
antara kita, bila bertingkah @ bertelingkah @ bertikam lidah, ingin saja nak
menang..penting sangatkah kemenangan seciput itu? Sampai bilakah puashati tu
bertahan?..bertahun2 kah? Tak mustahil ? Mungkin anda boleh berfikir dengan benak
fikiran sendiri, tak perlu saya bagi jawapannya. Ramai orang beranggapan bahawa
mengalah adalah sifat yang sinonim dengan penakut, bacul dan sebagainya. Orang
yang mengalah ni bukan tak nak melawan, tapi diorang sebenarnye golongan yang
bijak. Nak tau kenapa? Baca nie
Kengkadang
bertengkar pasal kecik jek. Sampai tak bertegur sapa sampai 2, 3 hari. Tak ke
berdosa tuh? Islam pun melarang kan?...
Teringat
Hadith nabi: Yassiru wala tu’ssiru, wa bassiru wala tunaffiru....maksudnye:
Permudahkan lah dan jagan menyulitkan, gembirakanlah dan jangan membuat orang
lari (dengan perbuatan kita). Au kamaqol.
So, orang
yang mengalah ni sebenarnye nak permudahkan sesuatu perkara @ masallah. Dan tak
mahu menyulitkan lagi keadaan. Biarlah si dia menang dengan kemenangan
‘terbesar’ tu. (besar ker?)
Kenape
agaknye golongan-golongan ni nak menang saje?..ayuh kita analisis satu2
kriteria nih...
1. Merasa
lebih tahu
Kita
menganggap kitalah yang mengetahui kebenaran dan mengharapkan pihak yang satu
lagi mengiakan pandangan kita. Sifat dasar pengetahuan adalah sombong maknanya
kalau tak berhati-hati, ilmu @ pengetahuan tu mudah sekali membuat orang
sombong dan bongkak. Sebenarnya pengetahuan sejati bukanlah pengetahuan yang
bersifat intelektual atau pengetahuan yang bersifat kognitif iaitu dalam benak
fikiran kita. Kita dianggap berpengetahuan jika kita mempunyai Makrifah dan
Bijaksana. Renung-renungkan...
2. Merasa
diri berhak
Mereka
dengan pendapat mereka merasa, mereka yang paling berhak, berhak tidak sakit
hati, berhak atas pemahaman mereka, dan berhak atas yang lainya,Sebenarnya
hak-hak yang paling baik adalah melepaskan hak pribadi untuk Kemaslahatan
mereka bersama.
3. Merasa
dirinye saja yang betul, orang lain salah....
Kerana
merasakan diri lebih berilmu, berpengetahuan, atau peningkatan ego mereka yang
luar biasa, atau mereka memiliki kekuasaan yang lebih, maka mereka merasa diri
mereka paling benar, sehingga mereka sangat sukar untuk mengalah, walau mereka
tahu sebenarnya mereka memang salah.
Kita tahu
bahwa dalam menyelesaikan suatu masalah, bila kedua belah pihak selalu mahu
menang, tidak ada yang mau mengalah, so hasilnya pon begitulah jugak, bahkan
selamanya masalah tu tak boleh diselesaikan. Padahal dengan mengalah dapat
menetralisir segala pertikaian, masalah besar akan menjadi kecil dan masalah
kecil akan dinihilkan, suasana tegang akan berubah menjadi tenang damai.
Mengalah juga menunjukkan kelapangan dada seseorang, juga memperlihatkan
pandangan orang itu tidak sama dengan orang-orang pada
umumnya.Renung-renungkan.....
Kita sering
berhadapan dengan perselisihan pendapat atau keinginan dengan seseorang
berhubung perkara-perkara berkaitan interaksi sosial sebagai manusia di muka
bumi Allah ni. Pertikaian dan perselisihan ni memang tidak mendatangkan
sebarang manfaat kepada kedua belah pihak. Apalagi jika kedua pihak saling
menyalahi antara satu dangan yang lain dan wujudnya situasi dipanggil Pemaksaan
Kehendak. Situasi seperti ni patut dielakkan kerana ia boleh mendatangkan sakit
hati, iri hati dan sebagainya sifat2 mazmumah.
Jadi,
apakah jalan keluar untuk ini?mahu berdebat lagi atau...mengalah?...
Jalan
keluar yang masih rasional dan humanitif adalah melalui sikap “Mengalah (dalam
pengertian yang benar) . ertinya, tidak memaksa kehendak atau keinginan diri
sendiri, tetapi membiarkan diri mengikut kehendak orang lain. Apakah tujuannya?
Ini adalah untuk melahirkan rasa rasional dan humanitif tadi di dalam diri
kedua belah pihak lebih-lebih lagi yang berlagak menang tu. (Tu pun kalu
terlahir...).akhirnya, satu-satu perkara tu dapat disetlekan dengan damai tanpa
rasa sakit hati.
Mengalah
kadang-kadang menyebabkan kita rasa tidak selesa, kesian dengan diri, dan
sebagainya sebenarnye membuahkan hasil yang sangat subjektif. Mengalah
mengambarkan kematangan, dewasa, bijaksana, merendah diri, menepis egois dan
penawar kepada sikap selalu ingin menang. Cuba kawan-kawan berfikir sejenak,
membuka hati, bermonolog dalam nurani. Apakah rugi aku mengalah?...Bukankah
hasilnya perdamaian bukan...bestkah hidup dalam hati yang dalam keadaan tak
best?...
Pernah
dengar kata pepatah bijak “mengalah bukan bererti kalah”. Sifat mengalah
dikatakan akan membawa berkah. Setidaknya, menghindari sesuatu hal yang tidak
diinginkan. tetapi mengapa kita sukar untuk mengalah, ini disebabkan oleh
faktor ego yang besar dalam diri manusia, yang selalu ingin menang dan juara.
Banyak orang beranggapan mengalah dikategorikan kalah, sehingga menurunkan
gengsi (prestij). Padahal secara spiritual, mengalah sifat yang sangat mulia.
Banyak
mengalah dan tidak bertengkar, menunjukkan kebesaran jiwa seseorang.
Forgivable, juga menunjukkan intelektual seseorang. Pada umumnya setelah
masalah diselesaikan dengan baik, sang yang menang akan merasa menyesal atau
menyalahkan diri sendiri. Jadi bila mana berlaku permasalahan, jika perlu rasa
berundur setapak, buatlah. Dari bertahan sehingga hanya membuahkan kehancuran
pada diri. Siapa yang rugi?tidakkah mereka dan keluarga mereka?...Ayuh,
biasa-biasakan yang betul, dan perbetulkan yang biasa.renung-renungkan...
(Barangsiapa berani
mengalah, maka pada akhirnya ia akan mendapatkan kebahagiaan dan kemuliaan).
Copypaste
Tiada ulasan:
Catat Ulasan