Memaparkan catatan dengan label Bosan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bosan. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2009

Aku Yang Terkilan

Hari ni aku rasa tensen tul ngan kawan aku NK. Rupanya selama ini baru aku tau yang mana boleh jadi kawan dan yang mana tidak.
Petang aku okey aje.. Leka mengadap kerja aku lupa makan minum. Solat.. cuti.. Aku tak sanggup nak tinggalkan kerja dan banyak memberi sokongan emosi kepada ibu. Seawal jam 15:00Hrs lagi aku menjaga dan membantu Pn.A dengan sabar dan dedikasi. Pukul 20:00Hrs tiada tanda2 dari Pn A os fully.. Kebetulan kawan aku KN perlukan bantuan. Aku dan kak Mah sama2 menolong KNi. Pukul 20:30Hrs aku menjengok keadaan Pn A. Terkejut aku apabila melihat NK telah mengambil alih tempat ku tanpa izin dan kerelaanku. Dia telah merampas hak dan tugasan yang aku milikki. Membara betul aku setelah sepetang bertungkus lumus , NK tiba2 merampasnya. Apakah tiada terdetik di hatinya untuk memberitahu aku yang ketika itu sibuk menolong KNi bahawa tugasan ku perlu dibereskan dulu. Apabila aku menyuarakan bahawa dia telah merampas hak aku.. Dia enggan bertolak ansur dengan alasan dia telah bersedia walhal ... Aku yang bertungkus lumus menyediakan peralatan, dari menuang barangan, mencuci dan menyediakan semua kelengkapan yang sepatutnya, tiba2 dia marampas begitu sahaja. Aku rasa kecewa sangat dengan tingkah lakunya. Kenapalah Allah temukan aku dengan insan seteruk dan setamak itu yang suka merampas hak orang lain. Demi Allah aku terasa dan tersinggung sangat hati dengan tingkah laku NK. Aku tak pernah sekecewa ini.. Ku sangka dia boleh menjadi sahabat tapi ternyata silap... Alahai lembu punya susu.. sapi dapat nama.

Rabu, 19 November 2008

Keluhan Rindu Si Perempuan


Semalaman sendirian di pembaringan memang membosankan.Mata tidak dapat lelap. Aircond yang bersuhu di bawah 16darjah Celcius pun boleh menyebabkan peluh meleleh. Benar-benar seperti cacing kepanasan. Bosan... itu yang melingkari fikiran. Majalah Mingguan Wanita dah beberapa kali khatam. Aku betul-betul bosan.... Kenapa jadi bgini? Hati... tenanglah.. lapangkanlah dadaku jua... Aku ingin berehat tapi mata tidak mahu pejam.Teko susu di sisi meja dah lama kering. Kebiasan apabila minum susu aku sudah bersedia untuk tidur lena. Tapi malam ini aku betul-betul kegelisahan. Tuhan..tolonglah aku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...