Jumaat, 4 Mei 2012

Tanpa tajuk

Hati aku berbuku. Aku rasa nak marah sangat. Marah seseorang. Bencinya aku dengan dia yang telah merampas segalanya dari keluargaku. Kesian dengan bondaku yang terpaksa menanggung penderitaan ini aku kecuaian seorang lelaki dan perempuan yang telah dua tahun lebih menyebabkan lena bondaku bertemankan air mata dan keresahan.
Tuhanku.. hantar kembali ilmu hitam yang telah dikenakan oleh ibu tiriku itu kepada ayahku agar dia merasai akibat perbuatannya. Keluargaku kucar kacir kerana ilmu hitam sehingga ayahku berubah 100%.. Ayah tidak sedar apa yang telah berlaku kepada dirinya hinggakan dia menyisihkan keluarga dan saudara mara kerana ibu tiriku itu. Sekiranya melibatkan ibu tiriku segera di ambil tahu sedangkan kalau melibatkan keluarga bondaku dijadikan musuhnya.
Ayah tidak sedar penderitaan yang berlaku kerana dia telah termakan berpuluhan tahun ubat guna-gunaa yang telah dikenakan oleh ibu tiriku itu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...