Rabu, 10 Oktober 2012

Kan Senang Kalau Mengalah...



Ramai di antara kita, bila bertingkah @ bertelingkah @ bertikam lidah, ingin saja nak menang..penting sangatkah kemenangan seciput itu? Sampai bilakah puashati tu bertahan?..bertahun2 kah? Tak mustahil ? Mungkin anda boleh berfikir dengan benak fikiran sendiri, tak perlu saya bagi jawapannya. Ramai orang beranggapan bahawa mengalah adalah sifat yang sinonim dengan penakut, bacul dan sebagainya. Orang yang mengalah ni bukan tak nak melawan, tapi diorang sebenarnye golongan yang bijak. Nak tau kenapa? Baca nie 
Kengkadang bertengkar pasal kecik jek. Sampai tak bertegur sapa sampai 2, 3 hari. Tak ke berdosa tuh? Islam pun melarang kan?...

Teringat Hadith nabi: Yassiru wala tu’ssiru, wa bassiru wala tunaffiru....maksudnye: Permudahkan lah dan jagan menyulitkan, gembirakanlah dan jangan membuat orang lari (dengan perbuatan kita). Au kamaqol.
So, orang yang mengalah ni sebenarnye nak permudahkan sesuatu perkara @ masallah. Dan tak mahu menyulitkan lagi keadaan. Biarlah si dia menang dengan kemenangan ‘terbesar’ tu. (besar ker?)
Kenape agaknye golongan-golongan ni nak menang saje?..ayuh kita analisis satu2 kriteria nih...

1. Merasa lebih tahu
Kita menganggap kitalah yang mengetahui kebenaran dan mengharapkan pihak yang satu lagi mengiakan pandangan kita. Sifat dasar pengetahuan adalah sombong maknanya kalau tak berhati-hati, ilmu @ pengetahuan tu mudah sekali membuat orang sombong dan bongkak. Sebenarnya pengetahuan sejati bukanlah pengetahuan yang bersifat intelektual atau pengetahuan yang bersifat kognitif iaitu dalam benak fikiran kita. Kita dianggap berpengetahuan jika kita mempunyai Makrifah dan Bijaksana. Renung-renungkan...

2. Merasa diri berhak
Mereka dengan pendapat mereka merasa, mereka yang paling berhak, berhak tidak sakit hati, berhak atas pemahaman mereka, dan berhak atas yang lainya,Sebenarnya hak-hak yang paling baik adalah melepaskan hak pribadi untuk Kemaslahatan mereka bersama.

3. Merasa dirinye saja yang betul, orang lain salah....
Kerana merasakan diri lebih berilmu, berpengetahuan, atau peningkatan ego mereka yang luar biasa, atau mereka memiliki kekuasaan yang lebih, maka mereka merasa diri mereka paling benar, sehingga mereka sangat sukar untuk mengalah, walau mereka tahu sebenarnya mereka memang salah.

Kita tahu bahwa dalam menyelesaikan suatu masalah, bila kedua belah pihak selalu mahu menang, tidak ada yang mau mengalah, so hasilnya pon begitulah jugak, bahkan selamanya masalah tu tak boleh diselesaikan. Padahal dengan mengalah dapat menetralisir segala pertikaian, masalah besar akan menjadi kecil dan masalah kecil akan dinihilkan, suasana tegang akan berubah menjadi tenang damai. Mengalah juga menunjukkan kelapangan dada seseorang, juga memperlihatkan pandangan orang itu tidak sama dengan orang-orang pada umumnya.Renung-renungkan.....

Kita sering berhadapan dengan perselisihan pendapat atau keinginan dengan seseorang berhubung perkara-perkara berkaitan interaksi sosial sebagai manusia di muka bumi Allah ni. Pertikaian dan perselisihan ni memang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kedua belah pihak. Apalagi jika kedua pihak saling menyalahi antara satu dangan yang lain dan wujudnya situasi dipanggil Pemaksaan Kehendak. Situasi seperti ni patut dielakkan kerana ia boleh mendatangkan sakit hati, iri hati dan sebagainya sifat2 mazmumah.

Jadi, apakah jalan keluar untuk ini?mahu berdebat lagi atau...mengalah?...

Jalan keluar yang masih rasional dan humanitif adalah melalui sikap “Mengalah (dalam pengertian yang benar) . ertinya, tidak memaksa kehendak atau keinginan diri sendiri, tetapi membiarkan diri mengikut kehendak orang lain. Apakah tujuannya? Ini adalah untuk melahirkan rasa rasional dan humanitif tadi di dalam diri kedua belah pihak lebih-lebih lagi yang berlagak menang tu. (Tu pun kalu terlahir...).akhirnya, satu-satu perkara tu dapat disetlekan dengan damai tanpa rasa sakit hati.

Mengalah kadang-kadang menyebabkan kita rasa tidak selesa, kesian dengan diri, dan sebagainya sebenarnye membuahkan hasil yang sangat subjektif. Mengalah mengambarkan kematangan, dewasa, bijaksana, merendah diri, menepis egois dan penawar kepada sikap selalu ingin menang. Cuba kawan-kawan berfikir sejenak, membuka hati, bermonolog dalam nurani. Apakah rugi aku mengalah?...Bukankah hasilnya perdamaian bukan...bestkah hidup dalam hati yang dalam keadaan tak best?...

Pernah dengar kata pepatah bijak “mengalah bukan bererti kalah”. Sifat mengalah dikatakan akan membawa berkah. Setidaknya, menghindari sesuatu hal yang tidak diinginkan. tetapi mengapa kita sukar untuk mengalah, ini disebabkan oleh faktor ego yang besar dalam diri manusia, yang selalu ingin menang dan juara. Banyak orang beranggapan mengalah dikategorikan kalah, sehingga menurunkan gengsi (prestij). Padahal secara spiritual, mengalah sifat yang sangat mulia.

Banyak mengalah dan tidak bertengkar, menunjukkan kebesaran jiwa seseorang. Forgivable, juga menunjukkan intelektual seseorang. Pada umumnya setelah masalah diselesaikan dengan baik, sang yang menang akan merasa menyesal atau menyalahkan diri sendiri. Jadi bila mana berlaku permasalahan, jika perlu rasa berundur setapak, buatlah. Dari bertahan sehingga hanya membuahkan kehancuran pada diri. Siapa yang rugi?tidakkah mereka dan keluarga mereka?...Ayuh, biasa-biasakan yang betul, dan perbetulkan yang biasa.renung-renungkan...
(Barangsiapa berani mengalah, maka pada akhirnya ia akan mendapatkan kebahagiaan dan kemuliaan).

Copypaste 

Ahad, 12 Ogos 2012

WANITA DAN WARNA


UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot. 

Jumaat, 4 Mei 2012

Tanpa tajuk

Hati aku berbuku. Aku rasa nak marah sangat. Marah seseorang. Bencinya aku dengan dia yang telah merampas segalanya dari keluargaku. Kesian dengan bondaku yang terpaksa menanggung penderitaan ini aku kecuaian seorang lelaki dan perempuan yang telah dua tahun lebih menyebabkan lena bondaku bertemankan air mata dan keresahan.
Tuhanku.. hantar kembali ilmu hitam yang telah dikenakan oleh ibu tiriku itu kepada ayahku agar dia merasai akibat perbuatannya. Keluargaku kucar kacir kerana ilmu hitam sehingga ayahku berubah 100%.. Ayah tidak sedar apa yang telah berlaku kepada dirinya hinggakan dia menyisihkan keluarga dan saudara mara kerana ibu tiriku itu. Sekiranya melibatkan ibu tiriku segera di ambil tahu sedangkan kalau melibatkan keluarga bondaku dijadikan musuhnya.
Ayah tidak sedar penderitaan yang berlaku kerana dia telah termakan berpuluhan tahun ubat guna-gunaa yang telah dikenakan oleh ibu tiriku itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...