Isnin, 16 Mac 2009
Hari ini sedih dan gembira
Alahai.. Hari ini mungkin hari yang menceriakan aku. Mungkin juga hari yang mengecewakan aku. Kenapa jadi begitu? Kerana hari ini aku mendapat apa yang aku impikan dan aku juga kecewa kerana terpaksa melukakan hati sesorang yang kusayangi tetapi tidak langsung memahami hatiku.
Terima kasih untuk teman yang telah membantu aku membuat kerjaku berjalan lancar. Terima kasih untuk teman yang telah membantuku menyelesaikan kerjaku dengan jayanya. Aku amat berbangga dengan hasil kerjaku. Hari ini juga aku telah berjaya membantu kelahiran seorang putera ke dunia ini dengan selamatnya. Aku rasa amat terharu dan gembira kerana dapat menjadi orang pertama yang menyambut kelahiran putera itu. Terasa seperti ingin kukucui dahi bayi kecil itu tapi apakan daya hanya mampu kurenung sahaja matanya.
Namun begitu belum lagi aku ceria bersama bayi kecil itu, aku mendapat sms yang tidak kupasti waktunya kerana saat itu aku leka bersama bayi baru itu. Aku tidak menjawab sms itu kerana aku tidak menyedarinya. Selepas waktu kerjaku tamat barulah aku melihat skrin telefonku. Hampir 12 sms kuterima. Satu persatu aku membaca sms itu tapi kekecewaan menerjah hatiku apabila membaca sms yang pertama yang berbunyi.." Apa dah jadi.. Ada apa2 ke yang dalam fikiran sekarang... Hantar sms tanya pun slalu tak reply.." Aduh.. aku rasa ini satu tuduhan yang benar-benar mengecewakan aku..
Kenapalah dia tidak memahami bahawa aku kini sibuk dengan study dan kesuntukan waktu untuk perkara lain. Aku benar2 benci apabila dia mula melemparkan tuduhan sebegini. Aku benci kerana perkara sekecil ini pun dia tidak memahami...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan