Selasa, 9 Ogos 2016

Cerita Borak Wassap...

Ada satu cerita.....

Ada 2 orang manusia sesat di padang pasir di Egypt.. Seorang bernama Edwin, seorg lg namanya  Thomas. Sudah 2 hari mereka sesat,  tidak makan & minum. Tiba² mereka nampk sebuah masjid yg besar.
Kata si Edwin, "Baik kita pura² menyamar jadi org islam.. supaya kita boleh masuk dlm masjid dan dpt makan dan minum. Saya tukar nama saya jadi Abdullah Kassim".
Jawab si Thomas, "
Sy memang mau ke sana tapi saya tak mau tukar nama saya. Biarlah mereka tahu bahawa saya Thomas".

Mereka pun berjalan ke masjid. Imam masjid sambut mereka dan bawa masuk cepat² ke dlm masjid sbb mereka diberitahu sudah 2 hari mereka berdua sesat dan kelaparan.

Imam bertanyakan siapa nama mereka .. si Edwin menjawab, "Namaku Abdullah Kassim".
Dan tiba giliran imam bertanya kpd si Thomas, si Thomas membalas, "Namaku Thomas".
Terus Imam panggil petugas masjid dan berkata

"Tolong bagi makanan dan minuman untuk sdra Thomas...cepat".

Si Edwin pun hairan kenapa takde makanan untuknya. Belum sempat dia tanya, terus imam itu menyambung..
"Biar saudara Thomas makan dulu. Abdullah Kassim nanti makan jam 7.30 petang, sama² kita buka puasa"...
😆😆😆
Maka jadilah  diri sendiri dan org yg jujur dalam hidup ini.....👌

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...