Rabu, 3 Disember 2014

Rahsia Solat Yang Ramai Tidak Tahu

RAHSIA SOLAT YANG RAMAI TIDAK TAHU :
Wudhu = jangan terus dikeringkan , biarkan menitis dan kering sendiri .. 
Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu .. 
Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat .. 
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh ..
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan bzikir dan do'a ..
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman .. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaku -HR Ahmad-) DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur ..
Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis .. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS, selang satu hari ..
Makanlah makanan halal, banyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih ..
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi ..
Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu :
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat ..
2 - Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur .
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur ..
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur ..
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur ..
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM ..
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur ..
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar ..
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur .
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur ..
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur ..
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T ..
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat ..
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan !"
Dari Abdullah bin 'Amr R.A , Rasulullah SAW bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat ..
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain '' Wallahu a'lam
‪#‎Selamat‬ Beramal

Jumaat, 28 November 2014

Conversation Sebelah Pihak

Conversation started Rabu
12:33pm
NY
salam.. KL tau x abh rindu suara KL??
1:16pm
NY

hati2 drive..
Khamis
7:07pm
KL
salam..pertama sekli I nak mohon maaf dahulu seblum memulakan kata2 ini. Kedua I nak bg tau KL yang I bangga sangat pada KL sbb tidak pernah lupa akan tanggungjawab KL sbagai anak dan banyak bantu adik2. Ketiga, I nak bag tau KL, kalau KL x bg tau semua ini, mungkin sampai saat ini I x tau apa yang berlaku sebenarnya selama ini yg menjadi tanda tanya.

Ok lupakan yg tadi. Kat sini I nak bg tau tau permasaalahan sebenar dlam hubungan keluarga kita. Pertama KL sebenarnya x knal secara mendalam perangai A sebenarnya mcam mana. Kedua wujudnya orang ketiga dalam keluarga KL iaitu E. Ketiga hati KL penuh dengan iri hati dan perasaan negatif (mintak maaf ckap mcam ni). Keempat KL tidak mahu mencuba untuk memprbaiki masalah yang ada dan yang terakhir KL seorang yang penuh dengan keegoaan.
Ok kita start daripada mula retetan keretakkan perhubungan yang berlaku sehingga menjadi perpecahan sekarang.

"Ok mula-mula sekali KL ingat x msa MLR masuk hospital dan masa itu KL g rumah MU suh A ata KL, kR? sbelum KL sapa umah mu tu A ada oyak dia nak suh I g ata KL sbb dia letih sangat sbb dari pagi duk ulang alik kr . pastu KL pun sapa n kebetulan KL sapa MI pun tubik oyak "tau A cekak ke dop x tau n nati meta" masa tu A pun g masuk salin pakaian sbb masa KL nk mari tu dia nak makan nasi n masa MI oyak gitu juga I ada belakang dia duk masak. Lepas tu KL g mcam tu je tanpa oyak sepatah. Ok kita lupakan yg itu.I sbenarnya lama doh juga duk penam benda ni. I faham perasaan seorang wanita apabila dimadukan,,mmg perit sekali. tapi benda tu jadi masa I belum dilahirkan ke dunia lagi n KL kena ingat sape yang tentukan semua itu kalau buka di atas!!! N I pun tahu perhubungan yg selma ini terbina antara 2 keluarga yang besar timbul atas dasar ketrpaksaan. Tapi x per, terima kasih lah sebb sudi terima kleuarga kami. Rasa snagt2 bersyukur sbb di layan mcam itu.
Tetapi slepas kejadian MLR masuk hospital, semuanya jadi punah. Tapi sbelum itu I memang dah perasan. ( Masa I ikut A g tengok MLR, I tengok adik2 yang lain layan kami sperti tetamu yang tidak di undang terutamnya kepada MI (AL tengok MI dia terus paling ikut lain n patah balik, MN plak duk tunjuk2 sperti menyatakan sesuatu yang tidak menyenangkan) tapi x pelah kami terima dengan hati terbuka.

Selepas kejadian itu,I tanya MI bakpo x tdo lagi tngah male? Dia jawab sbb dia duk mikir ko KL, bakpo KL laye gitu ko dia. Slepas kejadian itu juga semua adik2 lain juga jadi benci kpda keluarga MU terutama sekali AL. (I bleh nampak rasa benci dia tu membuak2 ko MI) Tapi x polah I sokmo pesan ko MI, "M x soh la amik ati dengan apa yg berlaku sbb M ni amik hok ore so M kna sabr". Tapi I tau rasa sakit MI x sberapa kalu nak dibandingkan dengan MLR yang telah lama tersiksa kan dengan perbuatan A.
I tersepit ditengah2. I tau semua ni terjadi sbb KL merasakan seperti keluarga di sana di pinggirkan kan? KL  x tau A kade2 buke lakat di rumah pun, di suka lepak di kedai kopi. tapi bila A selalu x dok di rumah LR KL ingat A duk di MU Kade2 kalu dia g balik alik siam or g kl, dia x oyak ko MLR.. MI sokmo pesan, "bakponyo x oyak, oyak la sepatoh jange g senyap gitu" . Tapi last2 sekali sapo hok kena ?? Mestilah MI kan?? Tapi anh x pikir semua tu, yg dia tahu hati dia jer.

Ok lupakan yang itu. Untuk pengetahuan KL, kami sekeluarga x pernah nok iri hati dengan kelurga KL walaupun kade2 A duk oyakKL  gaji besar,AW ada syarikat sediri, KN ada kebun getah sendiri, AJ berlakon n berjaya n semua boleh dikatakan berjaya. Kami x pernah nok rasa iri hati ker apa malah rasa bangga sangat2 sbb anak2 A berjaya. Satu lagi sbb kami tau kami ni dari mana so sdar status tu.
Punca sebenarnya dari A, so KL sebagai anak yang sulung spatutnya KL kena oyak semua tu molek ko A bakpo di wat gitu tanpa membabitkan mana2 pihak. Kami tidak pernah larang A nok wat gapo n nok g mana.

Untuk masalah KL nga A plak sepatutnya KL hok kena merendah diri. KL kna ingat, walupun A salah atau sebaliknya. Kita sebgai anak kena ngalah. I pun pernah berada di situasi KL, di mana I baloh dengan A tapi I ngalah dulu n mintak ampun ngan A. Kita x tau sapo hok mati dulu, x smestinya hok tua akan mati dulu. Mana tau esok lusa kita dulu yang pergi. Buruk macam mana sekalipunA tu tetap A kita. A prnah oyak ko I masa raya di tunggu gak kot2 KL nok minta maaf tapi x dop pun. KL kena pehe A tu ego jugak tapi bila org dah mintak maaf hati dia terus lembut. Meme lah kade2 di mace ngelak, tapi KL kena pehe ore tua kalu hati dia dah terguris mcam mana akan jadi. Tapi try pegang tangan dia walupun di mengelak.

Satu lagi A meme bercita-cita tinggi, dia pernah suh I wat pinjaman tap x lulus. I bangga dengan KL sbb masih nak tolong A walupun dalam keadaan lagu ni. Tapi kita kne ingat banyak mana pun hok kita tolong. semua itu x dok nilai kalau nak dibandingkan penat lelah ibu bapa jaga kita dari kecik sapa besar.
Semua benda ini pun I pendam je n wat x tau jah sbb I tau I ni datang dari mana. Tapi I terasa jugaklah orang buat mcam tu ko ma kandung I, buruk mana pun dia, dia tetap ma kandung I. MI pernah oyak ko A suruh tinggal dia sbb nok jernih kan keadaan.

Kalu hubungan kelurga msih macam ini, kalu dea A x dok mungkin akan putus terus. Jadi ore nok mintak pendapat KL lah nok wat gano supaya ubungan kembali mcam dulu walupun I tau hubungan tu x ikhlas. ATAUPUN KL NOK SUH JE A CERAIKAN MI??? Baru slesai masalah ni.

Satu lagi rahsia I nok bagi tau. Mesej selmat hari bapa tu A YANG SURUH BUAT SEBAB DIA NOK SURUH KL BACA N KL INGAT KO DIA. Sumpah I x tipu.
X polah KL, I mintak maaf lah dari ujung rambut sampai ujung kaki kalu ada tersilap bahasa n kecek x berlalpik. Walumcam manpun I hormat KL n respek KL.
ASSALAMUALAIKUM.

Rabu, 26 November 2014

TIPS MENTENTERAMKAN JIWA DARI SEGALA RESAH GELISAH DAN KELUH KESAH SERTA MENDAPATKAN KEKUATAN JIWA -

1. MENGHIDUPKAN IBADAH PADA WAKTU MALAM YANG TENANG DAN SUNYI - (MEMBACA QURAN, BERZIKIR DAN BERSOLAT TAHAJUD) MENGANDUNGI RAHSIA 4 PENAWAR KEKUATAN JIWA DAN 9 KEISTIMEWAAN, DIMANA 5 DARIPADANYA AKAN KELIHATAN DI DUNIA DAN 4 LAGI DI AKHIRAT:


RAHSIA 4 PENAWAR

1. Dapat merapatkan diri dengan ALLAH S.W.T
2. Dapat mencegahkan diri dari perbuatan maksiat dan membersihkan jiwa
3. Dapat menghapuskan dosa-dosa
4. Dapat mencegah dan mengubati penyakit dari dalam badan

5 KEISTIMEWAAN DI DUNIA

1. ALLAH S.W.T akan selamatkan dari segala bencana
2. Berkat akan terpancar di wajahnya dengan berseri-seri
3. Dia akan disukai oleh hamba-hamba ALLAH S.W.T
4. Percakapannya penuh hikmah
5. ALLAH S.W.T akan menjadikannya orang yang bijaksana dan berilmu

4 KEISTMEWAAN DI AKHIRAT

1. Akan dipimpin tangannya keluar dari kubur dengan wajah yang berseri-seri
2. Diringankan perhitungan dan hisabnya
3. Akan mudah untuk melintasi titian Sirrotul Mustaqim bagaikan kilat menyambar
4. Akan menerima buku catatan amalnya dari tangan kanan


2. MENYEDARI DAN MEMANFAATKAN SEBAIK MINGKIN 4 WAKTU YANG TAK AKAN DIBERIKAN LAGI OLEH ALLAH S.W.T

1. Bersyukur dan sentiasa mengingati akan nikmat yang diberi ALLAH S.W.T baik untuk diri sendiri atau ke atas orang lain. Jauhi dari segala penyakit hati dan kufur dari segala nikmat. Jangan mengambil hak orang lain
2. Redha dan bersabar dengan segala yang diberi oleh ALLAH S.W.T disambil BERUSAHA untuk memperbaiki cara hidup kita
3. Melaksanakan waktu mentaati ALLAH S.W.T, iaitu bersolat, berzikir, berpuasa dan sebagainya selagi berdaya
4. Bertaubat dan beristighfarlah secepat mungkin setelah menyedari akan kesilapan yang dilakukan

Sabda Rasullullah S.A.W; Bersyukur bila diberi, bersabar bila diuji, beri ampun bila dianiyai, meminta ampun apabila menganiyai, ini adalah ciri - ciri orang yang mendapatkan kesejahteraan hidup

3. ZIKRULLAH

1. Lazimkan dengan keadaan berzikir di setiap waktu dan jangan pisahkan dari hidup seharian
2. Benarkan dan yakin dengan lafaz hati ketika berzikir
3. Selamatkan diri dari sikap sombong pada ALLAH S.W.T dengan berzikir dan mengingatinya
4. Masuki benteng RASULULLAH S.A.W dengan zikir LAILLA-HA-ILLALLAH


4. SENTIASA BERTEMANKAN DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH

1. Berkawanlah dengan orang yang baik-baik
2. Kejahatan itu adalah penyakit yang boleh berjangkit ke atas kamu
3. Menyendiri adalah lebih baik dari berkawan dengan orang yang buruk perangainya - sabda RASULULLAH S.A.W
4. Janganlah kamu berkawan dengan orang-orang yang tingkah lakunya tidak membangkitkan keinginan kamu untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T, tidak baik percakapannya serta akhlaknya.

5. MEMBERSIHKAN DIRI KAMU DARI SIFAT YANG TERCELA - PENYAKIT ROHANI ATAU PENYAKIT HATI: KUFUR NIKMAT, SOMBONG, TAKKABUR, RIYAK, KEDEKUT, BAKHIL DAN KIKIR, HASAD DENGKI, PULAU - MEMULAU, MENJATUHKAN ORANG LAIN, KATA-MENGATA DAN MEMBUNUH.

1. Bertaubat kepada ALLAH S.W.T dari perlakuan tersebut
2. Berazam untuk tidak mengulanginya atau melakukannya

6. SENTIASA BERMUHASABAH DIRI - BERFIKIR DAHULU SEBELUM MELAKUKAN SESUATU DAN RENUNGI APA YANG TELAH DILAKUKAN. BERMOHON KEAMPUNAN JIKA TERDAPAT KESALAHAN

1. Fikir sebelum melakukan sesuatu
2. Fikir sebelum mengatakan sesuatu
3. Fikir sebelum marah
4. Fikir sebelum mengejar sesuatu nikmat

7. MURROHQOBAH - SENTIASA MERASAKAN BAHAWA ALLAH SENTIASA BERADA DI SISI KITA DAN MAHA MELIHAT SERTA MAHA MENDENGAR

1. Perlu merasakan bahawa ALLAH S.W.T sentiasa mengawasi kita supaya ia menggalakkan amalan dan menjauhi laranganNYA

8. MUJAHHADAH - MELAKUKAN SEGALA PERKARA DAN AMALAN DENGAN BERSUNGGUH - SUNGGUH. TERUTAMA SEKALI TERHADAP ALLAH S.W.T

1. Bersungguh-sungguh dalam mengerjakan solat pada waktunya
2. Bersungguh-sungguh dalam berpuasa
3. Bersungguh-sungguh dalam mengerjakan segala amal dan keta'atan pada ALLAH S.W.T
4. Bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu
5. Bersungguh-sungguh dalam bekerja dan sebagainya

9. BERSEGERA DALAM MELAKUKAN AMAL SOLEH KERANA IANYA BERGANTUNG PADA NAFAS KAMU - IKUTILAH HADITH RASULLULLAH YANG MASYUR UNTUK MEREBUT 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 KEADAAN

1. Masa muda sebelum tua
2. Masa kaya sebelum miskin
3. Masa lapang sebelum sibuk
4. Masa sihat sebelum sakit - Makan hanya sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang
5. Masa hidup sebelum mati - Segera bertaubat

10. SEGERA BERTAUBAT PADA ALLAH S.W.T

1. Jiwa akan menjadi resah jika banyak kesalahan pada ALLAH S.W.T
2. Orang yang bertaubat NASUHAH akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari ALLAH S.W.T
3. ALLAH S.W.T menyayangi dan melindungi orang yang bertaubat dan akan dikurniakan kekuatan bagi melawan keburukkan
4. Dimurahkan rezeki
5. Akan diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di SYURGA yang mengalir sungai dibawahnya

11. MERENUNG RAHSIA CINCIN AHLI SYURGA DAN CINCIN AHLI NERAKA

1. Setiap orang yang akan dimasukkan ke SYURGA oleh ALLAH S.W.T akan dikurniakan hadiah dari ALLAH S.W.T berupa kain dari SYURGA yang semerbak harum baunya dan 10 bentuk CINCIN yang setiap darinya ditulis seperti berikut:-

1. Kesejahteraan ke atas Kamu dan Berbahgialah kamu di dalam SYURGA dan kekal di dalamnya
2. KAMI hilangkan kesedihan kamu dan KAMI hilangkan kebingungan kamu
3. SYURGA diwariskan ke atas kamu atas sebab amal kamu hidup di dunia
4. KAMI kahwinkan kamu dengan Bidadari-Bidadari yang cantik jelita
5. SYURGA ini akan penuh dengan berbagai kenikmatan tanpa kamu bersusah payah untuk mendapatkannya
6. Akan dikurnia kan semua bentuk pahala dan kenikmatan yang tak tertulis oleh cincin ini atas dasar amal, kebajikkan dan ketaatan kamu di dunia
7. Kamu tidak akan menjadi tua buat selama-lamanya
8. Kamu tidak akan menjadi takut buat selama-lamanya
9. Kamu akan bersama dengan NABI, SIDIQQIN, SHUHADAH dan SOLIHIN
10. Kamu akan BERADA DI SISI ALLAH S.W.T buat selama-lamanya dengan penuh kenikmatan dan aman damai

2. Setiap orang yang akan dimasukkan ke NERAKA oleh ALLAH S.W.T akan diberi oleh ALLAH S.W.T berupa kain yang tersangat busuk baunya dan 10 bentuk CINCIN yang setiap darinya ditulis seperti berikut

1. Masuklah kamu ke dalam NERAKA dan kamu tak akan mati dan tiak akan keluar buat selama-selamanya
2. Tenggelamlah kamu di dalam seksa yang tidak henti-henti
3. Putuslah harapan kamu untuk mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T
4. Masuklah kamu ke dalam NERAKA dengan penuh kebingungan dan kesedihan
5. Pakaian kamu adalah api, makanan kamu adalah zaqum yang sangat pedih, dan minuman kamu adalah air yang sangat panas, serta tilam dan tempat berteduh kamu adalah api.
6. Ia adalah balasan atas maksiat yang telah kamu lakukan
7. Kemurkaan ALLAH S.W.T atas kamu buat selama-lamanya
8. Kamu akan dilaknat atas dosa besar yang kamu lakukan dengan sengaja dan kamu tidak bertaubat serta menyesal
9. Teman kamu adalah Syaitan di dalam NERAKA buat selama-lamanya
10. Kamu telah mengikuti Syaitan dan kamu telah mengharapkan dunia sahaja dan kamu tinggalkan akhirat



Dipetik dari ceramah oleh yang berbahagia Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Puding Roti Cinnamon

Puding Roti Cinnamon
Bahan-bahan:
6 biji acuan muffin yang besar
3-4 keping roti sandwich
200ml susu segar
2 biji telur
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar kismis
1 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanilla
Coklat Rice untuk hiasan

Cara-caranya:
Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukan mentega dan susu. Pukul rata.
Masukkan serbuk cinnamon dan esen vanila. Sebatikan.
Carik-carikkan roti dan tenggelamkan ke dalam adunan sehingga basah ke semuanya.
Masukkan kusmis dan gaul lagi.
 Panaskan oven.
Tuang adunan roti ke dalam acuan muffin yang dilengser dengan mentega. 
Bakar sehingga kekuningan keemasan lebih kurang 15 - 20 minit.
Bila dah sejukkan bolehlah curahkan Coklat Syrup. Sedia untuk dihidangkan.

# Resepi dan foto kredit to fb Puding dan kek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...