Ahad, 13 Disember 2009

Sekadar Renungan

6 JENIS WANITA MALANG


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Sabtu, 12 Disember 2009

Jom Kita cuba


SYARIKAT PENGIKLANAN TERBARU

http://www.catcheye.com.my/?r=23952

Daftar Percuma

semuanya percuma
cuma letakkan iklan di dalam blog anda
media pengiklanan online terbaru......
peluang untuk kita sama-sama menambah pendapatan.....


hai,
beri saya masa 5 minit awak boleh?
mari sertai saya di catcheyes jom..

http://www.catcheye.com.my/?r=23952

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,
ya,mudah saja,klik2 iklan tak samapai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak $NAME&? awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1
iklan,
kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300. .
banyak tu ..

http://www.catcheye.com.my/?r=23952

awak tak nak ke?
ayohlah sertai saya..benda ni 100% percuma...tak perlu modal
cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah mencecah 21500 orang sekarang..
jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..

http://www.catcheye.com.my/?r=23952


Cara nak regis
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini
selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3 jawapan A.. (jika
awak jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok siap
http://www.catcheye.com.my/?r=23952

Kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan risalah saya ni ni buletin or pape je & emailkan kepada kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.percayalah!
sebab benda ni 100% percuma

REZEKI TUHAN YG BG..TP KITE KNE USAHA JGAK KN?? TGGU APE LG?? J0MLA J0IN..


http://www.catcheye.com.my/?r=23952

Rehat Otak Kejap


Ternyata Rokok Tidak Berbahaya

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki
oleh beberapa pakar dalambidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak
berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan
mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih
jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah
ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana
saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuwan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba
ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu
salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus
kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti
menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!
Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan
takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan
kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup
mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan
si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah
si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak
sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu
dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari
mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar
dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Safety Lesson-nya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'

Jumaat, 9 Oktober 2009

7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.
Sebab 1: Kekurangan darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda. Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang. Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan. Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.


Sebab ke 6: Sleep Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur? ‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda
awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Rabu, 1 Julai 2009

Akukah Yang Bersalah

Peristiwa sedih dan tidak kusangka berlaku kepada temanku NK.. Walaupun peristiwa lepas telah berlalu tapi aku telah memaafkan NK. Semalam bila aku mendengar kejadian yang menimpa dia aku terkejut dan sedih sangat sebab dia masih teman seperjuangan. Semoga dia cepat sembuh.

Selasa, 23 Jun 2009

Pesanan Untuk Wanita

Pesanan Untuk Wanita
Pesanan ini ditulis oleh :Ulama muktabar
(Pemberian ikhlas dr sahabat kepada sahabat)

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid
sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas
tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat...

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan
keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan
sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita
keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan
kedua ibubapa dunia/akhirat...


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup
dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa
dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada
hari ini."..

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari
kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian
Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan
sebagainya...

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan
bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.
Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan
menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut...

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat
berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah
suaminya termasuk solat dia sendiri...

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat
amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan...

Selasa, 16 Jun 2009

Aku Yang Terkilan

Hari ni aku rasa tensen tul ngan kawan aku NK. Rupanya selama ini baru aku tau yang mana boleh jadi kawan dan yang mana tidak.
Petang aku okey aje.. Leka mengadap kerja aku lupa makan minum. Solat.. cuti.. Aku tak sanggup nak tinggalkan kerja dan banyak memberi sokongan emosi kepada ibu. Seawal jam 15:00Hrs lagi aku menjaga dan membantu Pn.A dengan sabar dan dedikasi. Pukul 20:00Hrs tiada tanda2 dari Pn A os fully.. Kebetulan kawan aku KN perlukan bantuan. Aku dan kak Mah sama2 menolong KNi. Pukul 20:30Hrs aku menjengok keadaan Pn A. Terkejut aku apabila melihat NK telah mengambil alih tempat ku tanpa izin dan kerelaanku. Dia telah merampas hak dan tugasan yang aku milikki. Membara betul aku setelah sepetang bertungkus lumus , NK tiba2 merampasnya. Apakah tiada terdetik di hatinya untuk memberitahu aku yang ketika itu sibuk menolong KNi bahawa tugasan ku perlu dibereskan dulu. Apabila aku menyuarakan bahawa dia telah merampas hak aku.. Dia enggan bertolak ansur dengan alasan dia telah bersedia walhal ... Aku yang bertungkus lumus menyediakan peralatan, dari menuang barangan, mencuci dan menyediakan semua kelengkapan yang sepatutnya, tiba2 dia marampas begitu sahaja. Aku rasa kecewa sangat dengan tingkah lakunya. Kenapalah Allah temukan aku dengan insan seteruk dan setamak itu yang suka merampas hak orang lain. Demi Allah aku terasa dan tersinggung sangat hati dengan tingkah laku NK. Aku tak pernah sekecewa ini.. Ku sangka dia boleh menjadi sahabat tapi ternyata silap... Alahai lembu punya susu.. sapi dapat nama.

Rabu, 8 April 2009

TIPS MENTENTERAMKAN JIWA DARI SEGALA RESAH GELISAH DAN KELUH KESAH SERTA MENDAPATKAN KEKUATAN JIWA 

Menghidupkan ibadah pada waktu malam yang tenang dan sunyi.(Membaca Al-Quran, berzikir dan bersolat tahjud) Mengandungi rahsia 4 penawar kekuatan jiwa dan 9 keistimewaa, dimana 5 daripadanya akan kelihatan di dunia dan 4 lagi di akhirat.
RAHSIA 4 PENAWAR
1. Dapat merapatkan diri dengan ALLAH S.W.T
2. Dapat mencegahkan diri dari perbuatan maksiat dan membersihkan jiwa
3. Dapat menghapuskan dosa-dosa

4. Dapat mencegah dan mengubati penyakit dari dalam badan

5 KEISTIMEWAAN DI DUNIA
1. ALLAH S.W.T akan selamatkan dari segala bencana
2. Berkat akan terpancar di wajahnya dengan berseri-seri
3. Dia akan disukai oleh hamba-hamba ALLAH S.W.T

4. Percakapannya penuh hikmah
5. ALLAH S.W.T akan menjadikannya orang yang bijaksana dan berilmu

4 KEISTMEWAAN DI AKHIRAT 1. Akan dipimpin tangannya keluar dari kubur dengan wajah yang berseri-seri

2. Diringankan perhitungan dan hisabnya
3. Akan mudah untuk melintasi titian Sirrotul Mustaqim bagaikan kilat menyambar 4. Akan menerima buku catatan amalnya dari tangan kanan .

Menyedari dan memanafaatkan sebaik mungkin 4 waktu yang tak akan diberikan lagi oleh Allah S.W.T.
1. Bersyukur dan sentiasa mengingati akan nikmat yang diberi ALLAH S.W.T baik untuk diri sendiri atau ke atas orang lain. Jauhi dari segala penyakit hati dan kufur dari segala nikmat. Jangan mengambil hak orang lain
2. Redha dan bersabar dengan segala yang diberi oleh ALLAH S.W.T disambil BERUSAHA untuk memperbaiki cara hidup kita
3. Melaksanakan waktu mentaati ALLAH S.W.T, iaitu bersolat, berzikir, berpuasa dan sebagainya selagi berdaya
4. Bertaubat dan beristighfarlah secepat mungkin setelah menyedari akan kesilapan yang dilakukan Sabda Rasullullah S.A.W;

ini adalah ciri - ciri orang yang mendapatkan kesejahteraan hidup .

3. ZIKRULLAH

1. Lazimkan dengan keadaan berzikir di setiap waktu dan jangan pisahkan dari hidup seharian
2. Benarkan dan yakin dengan lafaz hati ketika berzikir
3. Selamatkan diri dari sikap sombong pada ALLAH S.W.T dengan berzikir dan mengingatinya
4. Masuki benteng RASULULLAH S.A.W dengan zikir 

LAILAHAILLALAH

4. SENTIASA BERTEMANKAN DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH 1. Berkawanlah dengan orang yang baik-baik
2. Kejahatan itu adalah penyakit yang boleh berjangkit ke atas kamu
3. Menyendiri adalah lebih baik dari berkawan dengan orang yang buruk perangainya - sabda RASULULLAH S.A.W
4. Janganlah kamu berkawan dengan orang-orang yang tingkah lakunya tidak membangkitkan keinginan kamu untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T, tidak baik percakapannya serta akhlaknya.
5. MEMBERSIHKAN DIRI KAMU DARI SIFAT YANG TERCELA - PENYAKIT ROHANI ATAU PENYAKIT HATI: KUFUR NIKMAT, SOMBONG, TAKKABUR, RIYAK, KEDEKUT, BAKHIL DAN KIKIR, HASAD DENGKI, PULAU - MEMULAU, MENJATUHKAN ORANG LAIN, KATA-MENGATA DAN MEMBUNUH.

1. Bertaubat kepada ALLAH S.W.T dari perlakuan tersebut
2. Berazam untuk tidak mengulanginya atau melakukannya

6. SENTIASA BERMUHASABAH DIRI - BERFIKIR DAHULU SEBELUM MELAKUKAN SESUATU DAN RENUNGI APA YANG TELAH DILAKUKAN.

BERMOHON KEAMPUNAN JIKA TERDAPAT KESALAHAN

1. Fikir sebelum melakukan sesuatu
2. Fikir sebelum mengatakan sesuatu
3. Fikir sebelum marah 4. Fikir sebelum mengejar sesuatu nikmat


7. MURROHQOBAH - SENTIASA MERASAKAN BAHAWA ALLAH SENTIASA BERADA DI SISI KITA DAN MAHA MELIHAT SERTA MAHA MENDENGAR


1. Perlu merasakan bahawa ALLAH S.W.T sentiasa mengawasi kita supaya ia menggalakkan amalan dan menjauhi laranganNYA

8. MUJAHHADAH - MELAKUKAN SEGALA PERKARA DAN AMALAN DENGAN BERSUNGGUH - SUNGGUH. TERUTAMA SEKALI TERHADAP ALLAH S.W.T

1. Bersungguh-sungguh dalam mengerjakan solat pada waktunya

2. Bersungguh-sungguh dalam berpuasa
3. Bersungguh-sungguh dalam mengerjakan segala amal dan keta'atan pada ALLAH S.W.T
4. Bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu
5. Bersungguh-sungguh dalam bekerja dan sebagainya

1. Masa muda sebelum tua
2. Masa kaya sebelum miskin
3. Masa lapang sebelum sibuk

4. Masa sihat sebelum sakit - Makan hanya sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang
5. Masa hidup sebelum mati - Segera bertaubat

10. SEGERA BERTAUBAT PADA ALLAH S.W.T 1. Jiwa akan menjadi resah jika banyak kesalahan pada ALLAH S.W.T
2. Orang yang bertaubat NASUHAH akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari ALLAH S.W.T

3. ALLAH S.W.T menyayangi dan melindungi orang yang bertaubat dan akan dikurniakan kekuatan bagi melawan keburukkan
4. Dimurahkan rezeki
5. Akan diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di SYURGA yang mengalir sungai dibawahnya

11. MERENUNG RAHSIA CINCIN AHLI SYURGA DAN CINCIN AHLI NERAKA


1. Setiap orang yang akan dimasukkan ke SYURGA oleh ALLAH S.W.T akan dikurniakan hadiah dari ALLAH S.W.T berupa kain dari SYURGA yang semerbak harum baunya dan 10 bentuk CINCIN yang setiap darinya ditulis seperti berikut:- 1. Kesejahteraan ke atas Kamu dan Berbahgialah kamu di dalam SYURGA dan kekal di dalamnya
2. KAMI hilangkan kesedihan kamu dan KAMI hilangkan kebingungan kamu
3. SYURGA diwariskan ke atas kamu atas sebab amal kamu hidup di dunia
4. KAMI kahwinkan kamu dengan Bidadari-Bidadari yang cantik jelita
5. SYURGA ini akan penuh dengan berbagai kenikmatan tanpa kamu bersusah payah untuk mendapatkannya
6. Akan dikurnia kan semua bentuk pahala dan kenikmatan yang tak tertulis oleh cincin ini atas dasar amal, kebajikkan dan ketaatan kamu di dunia
7. Kamu tidak akan menjadi tua buat selama-lamanya
8. Kamu tidak akan menjadi takut buat selama-lamanya
9. Kamu akan bersama dengan NABI, SIDIQQIN, SHUHADAH dan SOLIHIN 10. Kamu akan BERADA DI SISI ALLAH S.W.T buat selama-lamanya dengan penuh kenikmatan dan aman damai

2. Setiap orang yang akan dimasukkan ke NERAKA oleh ALLAH S.W.T akan diberi oleh ALLAH S.W.T berupa kain yang tersangat busuk baunya dan 10 bentuk CINCIN yang setiap darinya ditulis seperti berikut

1. Masuklah kamu ke dalam NERAKA dan kamu tak akan mati dan tiak akan keluar buat selama-selamanya
2. Tenggelamlah kamu di dalam seksa yang tidak henti-henti

3. Putuslah harapan kamu untuk mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T
4. Masuklah kamu ke dalam NERAKA dengan penuh kebingungan dan kesedihan
5. Pakaian kamu adalah api, makanan kamu adalah zaqum yang sangat pedih, dan minuman kamu adalah air yang sangat panas, serta tilam dan tempat berteduh kamu adalah api.
6. Ia adalah balasan atas maksiat yang telah kamu lakukan
7. Kemurkaan ALLAH S.W.T atas kamu buat selama-lamanya
8. Kamu akan dilaknat atas dosa besar yang kamu lakukan dengan sengaja dan kamu tidak bertaubat serta menyesal

9. Teman kamu adalah Syaitan di dalam NERAKA buat selama-lamanya
10. Kamu telah mengikuti Syaitan dan kamu telah mengharapkan dunia sahaja dan kamu tinggalkan akhirat

Dipetik dari ceramah oleh yang berbahagia Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Isnin, 16 Mac 2009

Hari ini sedih dan gembira


Alahai.. Hari ini mungkin hari yang menceriakan aku. Mungkin juga hari yang mengecewakan aku. Kenapa jadi begitu? Kerana hari ini aku mendapat apa yang aku impikan dan aku juga kecewa kerana terpaksa melukakan hati sesorang yang kusayangi tetapi tidak langsung memahami hatiku.
Terima kasih untuk teman yang telah membantu aku membuat kerjaku berjalan lancar. Terima kasih untuk teman yang telah membantuku menyelesaikan kerjaku dengan jayanya. Aku amat berbangga dengan hasil kerjaku. Hari ini juga aku telah berjaya membantu kelahiran seorang putera ke dunia ini dengan selamatnya. Aku rasa amat terharu dan gembira kerana dapat menjadi orang pertama yang menyambut kelahiran putera itu. Terasa seperti ingin kukucui dahi bayi kecil itu tapi apakan daya hanya mampu kurenung sahaja matanya.
Namun begitu belum lagi aku ceria bersama bayi kecil itu, aku mendapat sms yang tidak kupasti waktunya kerana saat itu aku leka bersama bayi baru itu. Aku tidak menjawab sms itu kerana aku tidak menyedarinya. Selepas waktu kerjaku tamat barulah aku melihat skrin telefonku. Hampir 12 sms kuterima. Satu persatu aku membaca sms itu tapi kekecewaan menerjah hatiku apabila membaca sms yang pertama yang berbunyi.." Apa dah jadi.. Ada apa2 ke yang dalam fikiran sekarang... Hantar sms tanya pun slalu tak reply.." Aduh.. aku rasa ini satu tuduhan yang benar-benar mengecewakan aku..
Kenapalah dia tidak memahami bahawa aku kini sibuk dengan study dan kesuntukan waktu untuk perkara lain. Aku benar2 benci apabila dia mula melemparkan tuduhan sebegini. Aku benci kerana perkara sekecil ini pun dia tidak memahami...

Rabu, 7 Januari 2009

Kata Hatiku


Kekadang aku rasakan sangat bahagia bila menyintai sesorang. Tetapi sungguh mengecewakan bila insan yang kita cintai tidak menyintai kita sepenuh hatinya. Apa kata hati... Entahlah..
Aku teringat kata-kata pujangga dari Yahya bin Muaz ..Inilah yang sepatutnya ada dalam hati semua oran yang merasakan dia punya cinta yang sejati:
Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
Aku setuju sangat dengan kata-kata ini....

Apa kata anda?

Mutiara Hatiku


Aku adalah insan yang tak punya...cuma rasa cinta yang membara... Ntahlah.. Itu aje yang ingatnya..
Aku terbaca satu mutiara kata di majalah tempohari. Inilah yang aku simpan dalam telefonku. Sebenarnya lama sudah aku menyimpan mutiara kata ini. Aku rasa penuh pengertian mutiara kata ini. Itulah juga kata-kata ikhlas hatiku...
Kita hayati mutiara kata ini.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...